Gael Clichy akan meterai perpindahan £7juta ke Manchester City

Thursday, June 30, 2011
• Pertahan kiri tersebut sedia untuk ikut jejak Cesc Fábregas keluar Arsenal
• Pemain berusia 25 tahun tersebut juga buruan Liverpool dan PSG


Gaël Clichy dilihat akan mengikuti jejak Cesc Fábregas keluar dari Arsenal, dengan pemain pertahanan kiri tersebut hampir memeterai perpindahan dengan jumlah £7 juta ke Manchester City. Sebagaimana yang bakal meniup desas-desus bagi pengurus Arsenal Arsene Wenger, ia difahamkan bahawa pemain pertahanan Perancis tersebut akan menyempurnakan perpindahannya ke Eastlands apabila melepasi pemeriksaan perubatan dan menyetujui perjanjian peribadi.
Pemain berusia 25 tahun tersebut yang hanya tinggal setahun kontrak semasanya  di Arsenal turut menjadi buruan Paris Saint-Germain dan pasukan Liverpool.

Pengurus City, Roberto Mancini, mencari pemain pertahanan kiri selepas prestasi tidak meyakinkan Wayne Bridge serta kemasukan Aleksandar Kolarov yang dibeli dengan harga £16 juta, gagal menyerlah pada seawal musim semasa menyertai City dari Lazio.


Wenger telah berhadapan prospek untuk kehilangan ketua pasukan mereka Fabregas ke Barcelona selepas kelab Catalan melakukan bidaan kedua dengan nilai £35 juta pada minggu ini, manakala Samir Nasri terus diburu oleh Manchester United.Manakala City pula bersikap bertentangan, tidak akan menyediakan persiapan untuk menyaingi musuh sejiran mereka itu untuk membida Nasri.

Pada Khamis, Milan telah menyatakan bahawa mereka tidak akan menandatangani Fabregas. Juara liga Italy tersebut telah menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 24 tahun tersebut pada awal musim panas ini. Tetapi Rossoneri naib presiden pasukan Rossoneri, Adriano Gallani memberitahu laman rasmi kelab: "Fabregas tidak akan menyertai kita kerana dia akan menyertai kelab yang lain.


(Sumber: http://www.guardian.co.uk/)