Kenny Samson: Arsenal tidak perlukan Cesc Fabregas

Saturday, July 2, 2011
Kenny Samson menganggap bahawa posisi Cesc Fabregas di Arsenal dapat digantikan oleh Aaron Ramsey dan Jack Wilshere.

Oleh Tegar Paramartha

Bekas ketua pasukan Arsenal Kenny Samson menyatakan bahawa the Gunners boleh menjual Cesc Fabregas pada pasaran perpindahan musim panas ini, tetapi tidak dengan Samir Nasri.

Seperti yang diketahui, ketua pasukan Arsenal Cesc Fabregas dikhabarkan semakin hampir ke Barcelona setelah kelab gergasi Spanyol tersebut mengajukan tawaran sebesar £35 juta. Sebuah tawaran yang dijangkakan cukup oleh Samson.

"Fabregas adalah pemain yang luar biasa tetapi bagi saya dana sebesar £35 juta adalah dana yang baik untuknya. Jika anda kehilangannya beserta Nasri, itu akan menjadi kerugian yang sangat besar," ujar Samson kepada The Daily Telegraph.

"Aaron Ramsey dan Jack Wilshere, keduanya sangat baik dalam serangan dan bertahan, sementara Fabregas adalah pemain yang lebih kepada serangan, jadi Arsenal tidak terlalu memerlukannya."

"Saya tidak mengatakan Fabregas tidak bagus. Dia sangat bagus. Tetapi Arsenal memerlukan pemain yang bermain di belakang Ramsey dan Wilshere, kemudian membiarkan keduanya bermain secara bebas."


(Suymber: http://www.goal.com/)