Xabi alukan kedatangan Cesc walaupun terpaksa bersaing tempat

Friday, July 1, 2011

Bintang Barcelona Xavi telah mengalu-alukan persaingan dalam tempat di dalam skuad mereka selepas potensi kehadiran Cesc Fabregas yang akan di bawa masuk ke Nou Camp.

Gergasi Catalan itu kelihatan akan mambawa ketua pasukan Arsenal tersebut dengan nilai £40 juta selepas tiga bidaan mereka ditolak untuk mendapatkan pemain kebangsaan Spanyol tersebut pada dua musim panas yang lepas.

Jika dia akan menyertai nanti, Fabregas terpaksa bersaing bersama dengan tiga pemain tengah yang telah diakui melalui kemenangan Liga Juara-juara iaitu Xabi, Sergio Busquets dan Andres Iniesta.

Memandangkan usianya telah menjangkau 31 tahun, Xavi mungkin akan memberikan ruang kepada Cesc Fabregas, meskipun pemain yang memegang gelaran Juara Piala Dunia ini mengakui bahawa kembalinya Fabregas ke kelab remajanya itu mungkin merupakan satu perpindahan yang bagus.

Katanya: 'Persaingan itu sentiasa sihat dan Cesc merupakan seorang pemain bolasepak yang luar biasa. Jika dia datang, dia pasti akan membantu.'

Xavi juga berkata bahawa dia berharap agar pemain berusia 24 tahun tersebut tidak terasa tertekan untuk menjadi pengganti jangka masa panjangnya, dan menambah: 'Mereka meletakkan label sedemikian ke atas saya untuk menggantikan Pep Guardiola dan ia sungguh menyeronokkan.'

Pemain perancang tersebut turut menyokong salah seorang pemain Barcelona - pemain tengah bawah 21 Spanyol, Thiago Alcantara.

Thiago telah menandatangani perjanjian baru sehingga 2015 dan menafikan khabar angin yang menyebut bahawa dia akan digugurkan untuk memberi ruang kepada ketibaan Fabregas.

'Thiago telah memperbaharui kontraknya dan ia sebuah berita gembira,' kata Xavi.

'Dia adalah seorang pemain yang sangat berbakat - persaingan di dalam pasukan ini sangat hebat.'

Xavi juga menyatakan bahawa dia cukup cergas dan bersedia untuk menghadapi musim baru, apabila Barcelona meneruskan gelaran juara bertahan dalam Liga Juara-juara dan mahkota La Liga.

'Saya saya sangat baik secara fizikal, saya sangat bermotivasi dan puas,' katanya.

'Tahun lepas saya mengalami masalah otot tetapi saya telah melepasinya.

'Saya akan memulakan sebaik yang saya mampu dan dalam tahap yang paling baik.'


(Sumber: http://www.dailymail.co.uk/)