Cesc Fabregas tolak tawaran jet pribadi dari Manchester City

Friday, July 1, 2011
 

Cesc Fabregas tolak tawaran lumayan dari Manchester City demi berhijrah ke Barcelona.

Oleh Tegar Paramartha

Ketua pasukan Arsenal Cesc Fabregas dikhabarkan bahawa telah menolak tawaran lumayan dari Manchester City untuk menyertai Barcelona musim depan.

Sport menyatakan bahawa City bersedia untuk mengeluarkan dana £60 juta untuk mendapatkan Fabregas seperti mana yang dikehendaki oleh bahagian pengurusan Arsenal dan mereka juga bersedia menandatangani Fabregas dengan sebuah mega-kontrak dengan gaji sebesar £12 juta setahun.

Bahkan City juga akan menyediakan sebuah jet pribadi yang boleh diberikan pada bila-bila masa sahaja beserta beberapa keistimewaan yang lain kepada bintang bolasepak Spanyol tersebut, tetapi semuanya ditolak oleh Fabregas.

Fabregas sangat berkeinginan untuk kembali ke Barcelona, yang menawarkan gaji sebanyak £6 juta setahun untuknya, sebuah tawaran gaji yang masih lumayan walaupun ianya separuh daripada apa yang ditawarkan oleh City.


(Sumber: http://www.goal.com/)