Feyenoord akan pertimbang perjanjian baru untuk bintang harapan Arsenal, Ryo Miyaichi

Saturday, July 2, 2011
Gergasi Belanda tersebut sebelum ini mahu membawa 'Ryodinho' kembali ke Rotterdam sebagai pinjaman namum kelihatan terpaksa membuat perubahan


Oleh Ben Somerford

Pengarah Teknikal Feyenoord Martin van Geel berkata kelab Belanda tersebut kini belum memutuskan samada mahu terus membawa kembali pemain Arsenal, Ryo Miyaichi secara pinjaman walaupun sebelum ini mereka gemar untuk mengekalkannya.

Pemain sayap dari Jepun berusia 18 tahun itu telah menyinari penyokong Fayenoord sepanjang tempoh pinjaman enam bulan dari the Gunners pada separuh musim 2010-11, menjaring tiga gol dan melakukan empat kali dalam membantu menghasilkan gol.

Awal bulan ini, van Geel memberitahu Voetbal International: "Kami gemar jika dia berada di sini untuk pinjaman selama setahun. Arsenal tahu kami sangat bagus untuk dirinya. Kini kami hanya menanti jawapan daripada mereka."

Walau bagaimana pun pengarah teknikal Fayenoord itu telah mengubah keinginannya, kerana dia bimbang mengenai peluang terhad di dalam pasukan utama untuk pemain muda kelab itu sendiri.

"Ryo sebenarnya telah menjadi satu nilai terbesar buat kami," beritahunya kepada sumber yang sama.

"Pemain tersebut telah melakukan yang terbaik buat pasukan kami, namun kami juga harus melihat pemain kami sendiri.

"Sekou Cisse dan Jerson Cabral merupakan dua pemain kami yang mampu menggalas tugas sebagaimana Ryo dalam posisi yang sama - kami tidak boleh menutup mata mengenai mereka.

"Namun begitu kami akan melalui semuanya dengan cara yang terbaik dan akan mempertimbangkan keputusan samada berbaloi untuk membawa Ryo kembali."

Kelab pemilik Miyaichi, Arsenal mungkin terpaksa melakukan pembinaan pemain muda Jepun tersebut di luar berikutan isu berkaitan penyediaan permit kerja di United Kingdom.

Arsenal bos Arsene Wenger memberitahu wartawan pada bulan lepas: “Ryo Miyaichi akan bersama kami pada pra-musim.

"Kita akan lihat samada dia telah bersedia untuk bersama kita dan akan menyediakan permit kerja untuknya - kami sangat berbesar hati.”

(Sumber: http://www.goal.com/)