Permintaan gaji tinggi serta harga £12 juta sekat langkah Bendtner

Monday, June 27, 2011

Penyerang kurang berbisa ini telah mendapat perhatian daripada kelab-kelab di Eropah, tetapi mereka telah dilaporkan berhenti daripada terus menilai pemain Denmark Arsenal tersebut serta permintaan terhadap gajinya sendiri

Penyerang Arsenal Nicklas Bendtner telah dilaporkan bahawa mempunyai harga yang terlalu tinggi yang menyebabkan dia tidak dapat untuk keluar dari Emirates selepas permintaan £12 juta kelab, menurut The News World.

Penyerang Denmark yang kurang menyerlah ini telah menjadi perhatian daripada sejumlah kelab-kelab di Eropah termasuk Sporting Lisbon dan Borussia Bortmund, tetapi harga pemindahan tinggi serta permintaan-permintaan gajinya telah menyebabkan mereka menarik semula keinginan untuk mendapatkannya.

Beberapa sumber telah mengatakan bahawa Arsenal lebih berminat untuk meminjamkan Bendtner yang berusia 23 tahun itu untuk satu musim, oleh kerana itulah bapa serta ejennya bersusah-payah mencari sebuah kelab yang berminat untuk membelinya disebabkan oleh yuran yang tinggi dan serta gaji permintaannya.

Pemain antarabangsa Denmark tersebut telah dikritik oleh penyokong-penyokong Arsenal kerana kekurangan ketajamannya dalam menyudahkan peluang, meskipun dia terus menjadi tarikan kelab-kelab yang besar merentasi Eropah.

Bendtner, yang menghabiskan musim 2006-07 melalui pinjaman ke Birmingham City, telah membuat penampilan pertama di Arsenal pada Oktober 2005 sebagai seorang pengganti dalam satu kemenangan Piala Liga ke atas Sunderland. Dia kini mempunyai 79 perlawanan sebagai pemain utama untuk skuad the Gunners dalam semua persaingan, ditambah dengan 77 kemunculan sebagai seorang pemain gantian, dan telah mencatat 45 jaringan gol. 


(Sumber: http://www.goal.com/)